Selasa, 01 Juli 2008

PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM : PERSPEKTIF MALAISYA

Oleh
Hj. Abdul Ghani Samsudin
Pembangunan ekonomi memang merupakan titik keperihatinan ramai bijak
pandai . Baik cendikiawan muslim mahupun bukan muslim. Tajuk ini memang
luas dan menyentuh berbagai aspek kehidupan. Namun yang hendak
difokaskan oleh penulis dalam kesempatan ini ialah menjelaskan maksud
pembangunan ekonomi dari sudut Islam dan merumuskannya dari perspektif
individu atau rakyat Malaysia yang mempunyai berbagai keturunan dan agama.

Meskipun ekonomi merupakan suatu bidang dan dimensi yang khusus dalam
kehidupan manusia namun pembangunannya tidak terlepas dari dimensi dan
aspek-aspek lain yang melatari perkembangan masyarakat manusia itu sendiri.
Sebab itu persepsi Islam mengenai pembangunan ekonomi tidak memecingkan
mata untuk membangun keseluruhan prasarana dan dimensi yang ikut melatari
pembangunan ekonomi secara langsung atau tidak langsung. Justeru
pembangunan alam benda berkait rapat dengan pembangunan alam rohani, jati
diri dan nilai sosio-budaya.

Perbincangan mengenai tajuk ini merangkum perbincangan tentang konsep
pembangunan, unsur-unsur pembangunan, asas pembangunan, matlamat dasar
pembangunan, reformasi dan pembangunan ekonomi di Malaysia,kesan
globalisasi terhadap pembangunan, dan sebagainya.

Konsep Pembangunan Ekonomi

Menurut Dr Abdul Ghani ‘Abod : Adams mendefinisikan Economic Growth
sebagai :
"ﺮﻤﺘﺴﻣ لﻮﺤﺗ ,ﺔﻋﺎﻨﺼﻟا ﻰﻟا ﺔﻋارﺰﻟا ﻦﻣ ﺔﯿﺨﯾرﺎﺘﻟا ﺔﯿﺣﺎﻨﻟا ﻦﻣ لﻮﺤﺘﻟا نﺎﻛو دراﻮﻤﻟا ﻊﯾزﻮﺘﻟ ةدﺎﻋاو ,تﺎﻣﺪﺨﻟا "
“Perkembangan atau peralihan yang berterusan, merangkum pengagihan semula
sumber-sumber kekayaan. Perkembangan dari sudut sejarahnya dari era pertanian
kepada era industeri dan dari tahap itu kepada era perkhidmatan.” .
i.Namun menurut Dr Abdul Ghani definisi ini akan dilihat sebagai suatu definisi
yang sempit kecuali pengertian proses peralihan tersebut difahami secara
meluas; merangkum perubahan dalam setiap aspek kehidupan.
ii. Samaada pembangunan merangkum atau tidak aspek pertumbuhan namun
umum berpendapat bahawa Economic Growth juga bermakna Economicഊ2
Development secara lumrah. Kedua-duanya saling kait mengait dan diperlukan
dalam negara membangun.
Sebenarnya konsep pembangunan ekonomi Islam bertolak dari pengembangan
sumberdaya manusia (human capital) dan penguasaan teknologi sebagai penggerak utama
(driving force) pembangunan ekonomi. Pengembangan sumber daya manusia merangkum
seluruh potensi dan keberdayaan dan kualiti kemanusiaan dari sudut rohani dan moral.
Pembangunan ekonomi merangkum pembangunan sistem kewangan dan dasar perniagaan
global yang adil. Ia juga merangkum pemerataan kebebasan sosial, keadilan ekonomi,
pengembangan teknologi, usaha mempelbagaikan sumber dan sebagainya.
Sebuah negara dikira sebagai negara membangun berasaskan kadar piawaian
atau kategori tertentu.
Kategori diukur berdasarkan Keluaran Negara Kasar per kapita bagi
sesebuah negara. Sesebuah negara dikatakan membangun apabila telah melalui pertumbuhan ekonomi dan perubahan struktur ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan pendapatan (keluaran negara per kapita) manakala perubahan struktur ekonomi ialah perubahan kepentingan sektor kepada perindustrian, peratus penduduk bandar yang tinggi, jangka hayat semasa lahir yang panjang dan kadar buta huruf yang rendah, serta pendedahan kepada arina antarabangsa dan sebagainya.

Pembangunan dalam Islam merangkum spectrum sistem nilai dan idea, sistem
sosial yang mengandungi sitem kekeluargaan, politik, ekonomi, pelajaran,
undang-undang dan peralatan budaya seperti penciptaan alat-alat keperluan
hidup, kemudahan pengangkutan, bangunan, mesin, jentera, alat media massa,
komputer dan lain-lain.
Menurut Habakkuk( 1981,14):
Economic development is an immensely complicated process. It is not just a matter of
natural resources capital and labour. It is part of the whole social development of a society,it depends not merely on economic circumstances but on social structure and the attitudes of people to life as a whole. iii.Dalam masa yang sama pembangunan menyeluruh bagi mana-mana negara bangsa tertakluk kepada tiga faktor penting: Kesedaran tentang permasalahan kemunduran dalam segenap dimensinya, kesedaran tentang perlunya usaha menghapuskan kemunduran dan tindakan menghapuskan kemunduran itu sendiri

Unsur-Unsur Pembangunan

Unsur yang terpenting dalam pembangunan ini ialah unsur manusiawi;
kendatipun tidak dinafikan bahawa konsep pembangunan Islam itu adalah
bersifat komprehensif dan bersepadu. Pembangunan dari perspektif Islam
mengoptimumkan faktor kesejahteraan manusia, akhlak ,dan kebendaan,
kerohanian dan fizikal, ekonomi dan sosial.ഊ3
“Sebagai pembangunan yang bersifat pelbagai dimensi, Islam menggalakkan
perseimbangan antara pelbagai faktor- kebendaan dan kerohanian, kuantitatif dengan
kualitatif, luaran dengan dalaman. Islam menetang kekufuran dan kezaliman, sebaliknya
menganjurkan kesyukuran dan keadilan.”iv
“Oleh kerana pembangunan berkait rapat dengan soal pembaikan taraf hidup, faktor-faktor
ekonomi tidak dapat dipisahkan kerana ia mempengaruhi pembangunan sosial
secara langsung. Walau bagaimanapun pembangunan tidak harus disamakan dengan
peningkatan di dalam per kapita, pengeluaran dan jumlah eksport. Apa yang penting
ialah pembangunan perlu dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, dengan itu
pembangunan perlu mampu menyelesaikan masalah-masalah yang berkait dengannya;
iaitu persoalan tentang kemiskinan, keperluan asasi manusia seperti makanan
mencukupi dan memenuhi zat yang minimum, keupayaan untuk mendapat tempat
perlindungan, keupayaan memperolehi peluang pekerjaan untuk menyara keluarga,
keupayaan menghantar anak ke sekolah, keadaan alam sekitar yang bersih dan lain-lain
petunjuk sosial yang bersangkutan dengan suasana kehidupan yang sempurna yang
layak dinikmati oleh manusia.”v
Selain dari itu terdapat unsur lain yang menjadi fak tor penentu; seperti sumber
pembangunan ekonomi yang pelbagai, kemajuan ilmu pengetahuan dan
teknologi, sistem kewangan nasional dan internasional yang stabil dan adil,
sistem politik yang baik, telus, dan saksama yang menggalakan partisipasi
seluruh rakyat dalam membuat keputusan-keputusan penting, persekitaran
antarabangsa yang condusive dan tidak menindas kerana kemunculan neo-clonialisme
baru. dan sebagainya.
Asas Pembangunan
Pembangunan bertolak dari falsafah dan konsep yang merujuk kepada persoalan
asas dalam hidup. Dalam konteks umat Islam asas yang paling fundamental
ialah akidah atau iman. Asas ini menegaskan bahawa manusia sebagai
pemegang amanah Allah bertanggungjawab untuk memakmurkan alam dan
mengurusnya dengan cara yang paling baik dan saksama. Allah tidak suka
perbuatan merosakkan; alam tempat penghunian manusia dan makhluk Allah
yang lain dari generasi ke generasi. Kehadiran manusia di dunia ini adalah
untuk penyembahan dan ubudiah diri kepada Allah. Asas Iman, Islam dan Ihsan
melatari segala gerak kerja pembangunan.
Syariat adalah asas pembangunan yang berikutnya. Pengembangan ekonomi
mesti merujuk kepada asas-asas yang syar’i dan halal. Segala akad-akad yang
fasid serta muamalat yang berunsur gharar dan qimar tidak boleh menjadi amalan
dalam membangun ekonomi. Pembangunan mesti menjulang dasar yang adil,
tidak menindas, atau melalui kaedah yang zalim dan haram.ഊ4
Asas berikutnya ialah asas akhlak atau Ihsan. Pembangunan keperihatinan
moral adalah prasyarat dalam pembangunan ekonomi Islam. Sebab itu usaha
meningkatkan kemakmoran mesti digandingi oleh usaha meningkatkan ibadah,
menggilap ruhani dan tendensi kejiwaan yang lohor dan positif. Hal ini penting
untuk mengukuhkan kawalan dalaman serta daya kontrol nafsu dan kemahuan
yang rendah. Jika tidak dilakukan maka masyarakat akan dihantui oleh
kecenderungan melempiaskan nafsu syahwat dan peningkatan jenayah serta
maksiat.

Selain dari itu ilmu, teknologi dan keterampilan adalah asas yang tidak kurang
pentingnya dalam menjana pembangunan ekonomi umat Islam. Semakin tinggi
pencapaian warga umat Islam dalam bidang ilmu, teknologi dan keterampilan
maka semakin meningkat kemajuan pembangunan ekonomi yang dapat dicapai.
Ini berkait rapat dengan keupayaan untuk takhassus atau mencapai darjat
specialisasi dalam berbagai bidang pengeluaran.

Matlamat Dasar Pembangunan

Tujuan pembangunan dapat diklasifikasikan kepada beberapa peringkat.
Perkara ini boleh diperincikan sebagai matlamat, objektif dan sebagainya.
Namun dalam kertas ini kita hanya akan memusatkan perhatian kepada
peringkat matlamat secara umum seperti mana yang dijelaskan oleh ramai para
ilmuan.
Matlamat pertama dalam dasar pembangunan ekonomi Islam ialah
pembangunan sumber daya manusia.
Pembangunan ini merangkum pengembangan seluruh potensi dan kudrat
manusia dalam pelbagai lapangan dan domain serta traits keperibadiannya. Ia
merangkum usaha meningkatkan keterampilan dan kemahiran hidup khasnya
dalam ekonomi yang berasaskan kepada pengetahuan dan e-dagang.
Matlamat berikutnya ialah Peningkatkan Pengeluaran. Perkara ini dicapai
dengan pertumbuhan yang berterusan dan berkekalan dalam pengeluaran
negara dari segi kuantiti, kualiti, kecekapan dan campuran keluaran yang betul.
Memberi keutamaan dan galakan kepada pengeluaran yang dihalalkan, lebih-lebih
lagi terhadap barang keperluan asas. Manakala barang yang diharamkan
dan tidak digalakkan perlu dikawal, disekat atau dibatasi pengeluarannya.
Pembangunan Seimbang juga merupakan matlamat pembangunan ekonomi
Islam. Ia bukan hanya bermakna pembangunan yang harmoni dan seimbang
antara wilayah-wilayahdan antara sektor-sektor ekonomi tetapi juga kepada
pemulihan kesaksamaan agihan pendapatan dan pemilikan harta.ഊ5
Seterusnya ialah Peningkatan Kualiti Kehidupan. Pembangunan ekonomi Islam
merangkum peningkatan prasarana kebajikan ekonomi rakyat, peningkatan
budaya kepenggunaan yang bijak dan seimbang; tidak membazir dan lebih
mementingkan kepada memenuhi keperluan secara bersahaja serta mengelakkan
amalan hidup bermewah-mewah. Rakyat sewajarnya merasa semakin selamat,
penawaran barangan keperluan yang serba cukup, pengangkutan yang serba
mudah, bantuan kewangan dan kebajikan untuk seluruh rakyat, perlindungan
pengguna melalui institusi al Hisbah, pembangunan infrastruktur fizikal dan
sosial, kestabilan harga khasnya harga barang keperluan asas, kemudahan
rawatan dan sebagainya. Untuk itu kerajaan perlu mengujudkan peluang
pekerjaan yang luas kepada rakyat, membangun dan menyediakan jaminan
sosial yang berkesan disamping memastikan kesaksamaan agihan pendapatan
dan kekayaan
Perkembangan Teknologi dan Penyelidikan juga menjadi matlamat yang
seterusnya.
Kemajuan ekonomi banyak bergantung kepada kemajuan dalam bidang
teknologi tinggi dan penyelidikan. Perkembangan dalam bidang ini semestinya
sesuai dengan dengan keperluan dan halatuju negara Islam. Kejayaan
menghasilkan pengeluaran produk teknologi yang tinggi dalam berbagai
bidang meningkatkan kebebasan dan kemerdekaan umat dan negara Islam itu
sendiri.
Seterusnya ialah meningkatkan Keupayaan Pertahanan Negara. Umat dan
negara umat Islam sering menjadi sasaran pencerobohan kuasa asing yang mahu
merampas sumber kekayaan dan menjajah mereka, oleh itu peranan
pembangunan ekonomi Islam ialah meningkatkan segala prasarana pertahanan
dalam segala bentuk untuk menangkis pencerobohan asing. Ini memerlukan
wujudnya dasar pertahanan yang bukan sahaja mementingkan pembangunan
tenaga ketenteraan bahkan membangun kilang senjata sistem komunikasi
canggih, pengeluaran peralatan perang dan lain-lain. Allah berfirman dalam
Surah al-Anfal ayat 60:
ٍ ةﱠ ﻮُ ﻗ ﻦﱢ ﻣ ﻢُ ﺘْ ﻌَ ﻄَ ﺘْ ﺳا ﺎﱠ ﻣ ﻢُ ﮭَ ﻟ ْ اوﱡ ﺪِ ﻋَ أَ و َ و ِ ﮫّ ﻠﻟا ﱠ وْ ﺪَ ﻋ ِ ﮫِ ﺑ َ نﻮُ ﺒِ ھْ ﺮُ ﺗ ِ ﻞْ ﯿَ ﺨْ ﻟا ِ طﺎَ ﺑﱢ ر ﻦِ ﻣَ و ْ ﻢُ ﻛﱠ وُ ﺪَ ﻋ َ ﻻ ْ ﻢِ ﮭِ ﻧوُ د ﻦِ ﻣ َ ﻦﯾِ ﺮَ ﺧآَ و
ْ ﻢُ ﮭُ ﻤَ ﻠْ ﻌَ ﯾ ُ ﮫّ ﻠﻟا ُ ﻢُ ﮭَ ﻧﻮُ ﻤَ ﻠْ ﻌَ ﺗ
Bersiap siagalah menghadapi mereka dengan apa sahaja kekuatan yang kamu mampu ;
serta barisan pertahanan berkuda untuk menakutkan musuh Allah dan musuh kamu.
Juga (untuk menggerunkan) musuh lain yang kamu tidak kenal mereka namun Allah
cukup mengenali mereka.
Akhirnya ialah Pengurangan Pergantungan Kepada Negara Asing dalam
konteks pertahanan. Negara umat Islam perlu mencapai kemandirian dalam
hubungan pertahanan. Ini juga bermakna negara-negara umat Islam perlu
membentuk strategi pertahanan bersama; sesama negara Islam demiഊ6
mempertahankan maruah agama dan tanahair mereka. Tanpa perjanjian
pertahanan bersama satu demi satu negara tersebut akan ditakluk oleh musuh-musuh
mereka dengan berbagai alasan palsu yang antaranya ialah untuk
memerangi keganasan global.
Reformasi dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia
Untuk lebih menjuruskan perbincangan mengenai tajuk kertas kerja ini kita paparkan
beberapa idea pokok untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan pemulihannya
sepertimana yang dirumus oleh beberapa cendikiawan muslim baru baru ini . Antara lain
mereka menegaskan bahawa dalam rangka mengurangkan beban yang ditanggong oleh
rakyat. Maka, langkah-langkah di bawah perlu diambil oleh kerajaan :
1.Mengurangkan beban cukai
 Meningkatkan paras pendapatan yang dikecualikan cukai ke RM12,000 setahun di
samping meningkatkan elaun anak-anak ke paras yang munasabah;
 Meningkatkan paras pengecualian cukai pendapatan untuk isteri yang bertugas
sebagai surirumah sepenuh masa sebagai tanda penghargaan akan sumbangan
besar mereka;
 Meningkatkan paras pengecualian cukai khidmat kepada jumlah niaga sejuta
ringgit setahun;
 Menyemak semula sistem percukaian negara secara keseluruhannya, dengan
tujuan untuk memperkukuhkan hasil kerajaan sambil mengurangkan beban cukai
terhadap rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
2.Menghapuskan kemiskinan mutlak
 Menghapuskan kemiskinan mutlak dalam jangka masa separuh penggal;
 Mengurangkan kadar kemiskinan dalam jangka masa satu penggal kepada paras
separuh daripada kadar kemiskinan pada tahun 1999;
 Membaiki dasar serta rancangan pembasmian kemiskinan supaya dibebaskan
daripada campurtangan politik dan benar-benar membantu golongan termiskin;
 Menyelaraskan berbagai program pembasmian kemiskinan yang sedia ada;
 Mengurangkan jurang pendapatan serta kekayaan di kalangan rakyat Malaysia
tanpa menjejaskan hak sah semua rakyat.
3.Membantu peniaga kecil dan penjaja
 Menamatkan amalan pelesenan peniaga kecil dan penjaja sebagai sumber
pendapatan negara dan sebagai alat politik kepartian, sebaliknya menggunakan
sistem pelesanan hanya untuk pengurusan dan pemantauan demi menjamin
keselesaan dan kesihatan rakyat, peniaga kecil dan penjaja;
 Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang selesa, bersih dan menarik bagi
penjaja.
4.Memulihkan perkhidmatan pengangkutan awamഊ7
Dalam konteks ini Kementerian Pengangkutan perlu:
 Membaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam dan mengurangkan kadar
tambang pada keseluruhannya supaya sesuai dengan taraf hidup rakyat;
 Memberi permit teksi kepada pengusaha-penguasaha individu dan koperasi
mereka, bukan lagi kepada syarikat besar;
 Meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan teksi oleh pengusaha individu
melalui pembentukan koperasi, persatuan, majlis dan sebagainya untuk
menghasilkan sistem pengangkutan teksi yang teratur;
 Menurunkan kadar tambang penerbangan domestik antara Semenanjung Malaysia
dengan Sabah dan Sarawak demi mendorong integrasi nasional dan pelancongan
dalam negeri;
 Memodenkan dan mempertingkatkan perkhidmatan keretapi di Semenanjung
Malaysia;

Memajukan sistem jalanraya di Sabah dan Sarawak;
 Memberi perhatian yang lebih serius terhadap masalah kemalangan dan bahaya
lalu lintas dengan menyediakan kemudahan serta peraturan sesuai yang dapat
menjamin keselamatan orang ramai;
 Mengkaji kemungkinan cara pengangkutan awam baru di bandar-bandar utama di
Malaysia untuk membaiki mutu hidup di bandar;
 Mengadakan perkhidmatan pengangkutan bas-bas sekolah yang lebih teratur dan
menasabah dari segi tambang untuk meringankan beban kepada ibu-bapa.
5. Mencapai Pertumbuhan Dinamik dan Adil
Supaya ekonomi kita lebih dinamis dan untuk meningkatkan daya saing kita di
pasaran global, kita perlu juga pertingkatkan permintaan domestik serta pelaburan
domestik yang produktif, bukan membazir. Oleh itu kerajaan perlu:
 Mengkaji semula rangka pengawasan yang sedia ada, dengan tujuan mengatasi
kekurangannya;

Memastikan sektor swasta berteraskan etika pengurusan korporat, sedangkan
sektor perbankan dan kewangan tidak disalahgunakan dan senantiasa diuruskan
dengan telus dan bertanggungjawab;
 Mengutamakan projek-projek yang menjana manfaat yang paling besar kepada
rakyat seperti projek-projek perumahan kos sederhana dan rendah, projek
memodenkan sistem keretapi, projek jalanraya di negeri Sabah dan Sarawak, dan
sebagainya;

Menghentikan projek-projek mega seperti Empangan Bakun dan Empangan
Sungei Selangor yang membazir, memusnahkan alam sekitar dan tidak
mendatangkan manfaat kepada rakyat;
 Mempertingkatkan peluang ekonomi yang saksama bagi semua rakyat, dengan
memberikan perhatian khusus dan bantuan khas kepada golongan yang dhaif, dan
sokongan yang cekap untuk inisiatif usahawan tempatan, terutamanya usahawan
kecil dan sederhana;
 Memastikan pembangunan ekonomi seimbang lagi mampan, dan tidak
menjejaskan keutuhan sosial atau memusnahkan alam sekitar dan sumber alam;ഊ8
 Memastikan rakyat miskin atau kurang berada di kampung-kampung tradisi,
kampung-kampung baru dan ladang-ladang diserap ke dalam arus utama
pembangunan negara menerusi rancangan pembangunan khas serta memberikan
punca pendapatan lebih baik, pekerjaan dan milik tanah kepada mereka.
 Memastikan bahawa hak istimewa tidak disalahgunakan untuk memberi
kemewahan kepada segelintir suku-sakat orang berkuasa.
6. Memantapkan perindustrian
Walaupun perindustrian di Malaysia agak maju, kemampuan industri Malaysia masih
agak ketinggalan dan kurang diberi perhatian dan sokongan sewajarnya. Kemampuan
industri Malaysia masih tidak seimbang dan harus diutamakan dengan dasar serta
institusi yang sesuai memandangkan masalah serta cabaran yang dihadapi. Sejajar
dengan kelemahan ini kerajaan perlu:
 Memodenkan ekonomi dan membanyakkan industri dengan daya pengeluaran
tinggi bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara dan menggalakkan eksport
yang bernilai tinggi;
 Mengatasi kelemahan teknologi industri kita yang memperlihatkan jurang yang
agak luas di antara yang agak mundur dengan yang paling canggih;
 Memastikan bahawa projek-projek besar, termasuklah projek-projek industri berat,
dirancang secara sepadu dan selaras dengan pelan induk perkembangan industri
yang menasabah;
 Memberi insentif serta sokongan lebih untuk industri kecil dan sederhana.
 Menggalakkan lagi — melalui sekim insentif yang tepat — hubungan antara
industri tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, dengan syarikat-syarikat
besar antarabangsa untuk meningkatkan pemindahan teknologi kepada
industri tempatan serta kegunaan input tempatan;
 Menyokong usahawan tempatan dan menggalakkan perkembangan kemahiran
serta kemampuan sumber manusia tempatan tanpa menolak kemahiran luar;
 Menggunakan modal, kepakaran, pasaran dan teknologi luar dengan bijaksana
demi memperkukuh asas-asas ekonomi tempatan;
 Meningkatkan peranan sains dan teknologi demi kemajuan, dan memantapkan
pendidikan sains asas di samping kemudahan latihan teknikal yang sesuai;
 Meningkatkan dan mempercekapkan peruntukan kewangan serta perangsang lain
untuk penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi.
7.Mengukuhkan pertanian dan perikanan kecil dan sederhana
Akhir-akhir ini ini, kerajaan seolah-olah melupakan pentingnya sektor pertanian pada
keseluruhannya, dan nasib serta masalah pekebun kecil khasnya. Oleh itu perkara ini
perlu perbetulkan dengan memberi tumpuan yang wajar kepada sektor asas ini, yang
sebenarnya telah menyelamatkan ekonomi Malaysia ketika kegawatan ekonomi melanda.
Dalam konteks ini kerajaan perlu:
 Mengutamakan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pengeluaran
makanan demi keselamatan dan kestabilan negara;ഊ9
 Mempertingkatkan penyelidikan pertanian, khususnya teknologi tinggi, makanan
serta kegunaan industri hasil tanaman di Malaysia;
 Menggubal undang-undang demi melindungi kepelbagaian alam (biodiversity)
dalam bidang pengeluaran pertanian dan perhutanan, serta mempertingkatkan
penyelidikan kegunaan industri bahan kepelbagaian alam;
 Mengkaji semula rancangan-rancangan FELDA, FELCRA, RISDA, MAJUIKAN
serta badan-badan kemajuan pertanian dan perikanan lainnya untuk membaiki
pengurusan dan teknologinya demi memanfaatkan para peneroka, petani dan
nelayan;

Menyusun semula monopoli pemerintah yang menelan sumber ekonomi kerajaan
supaya menjadi badan yang lebih cekap, berkesan dan sesuai dengan pasaran;
 Melaksanakan dengan tegas undang-undang pengasingan kawasan perikanan
supaya melindungi nelayan kecil daripada pencerobohan bot besar dan pukat yang
merosakkan punca perikanan tepi pantai;
 Membangunkan lebih banyak tanah terbiar untuk meningkatkan pembangunan
pertanian.
8.Teknologi dan ekonomi maklumat untuk semua
Rakyat Malaysia menyedari teknologi maklumat (IT) telah muncul dengan cepat sebagai
bidang yang amat penting dan dinamik dalam ekonomi global, sedangkan beberapa
pimpinan negara telah banyak memberi perhatian mengenainya. Akan tetapi, masih
terdapat beberapa jurang yang amat luas, misalnya di antara bandar dan luar bandar, yang
mesti diatasi supaya kita tidak akan ketinggalan zaman dengan kesan yang malang bagi
mereka yang tertinggal.
Oleh demikian, perlu dilancarkan usaha berikut:
 Mempercepatkan penyambungan infrastruktur telekomunikasi ke seluruh pelusuk
negara dan mengurangkan kos penggunaannya bagi rakyat jelata;
 Mengembangkan pendidikan teknologi maklumat (IT) di semua sekolah dari
sekolah rendah;
 Merancang semula pengenalan teknologi maklumat (IT) kepada masyarakat
umum dengan lebih berkesan;
 Melancarkan program ‘satu kampung, satu pusat IT’ dengan memberi insentif
yang wajar untuk menggalakkan penyebaran kemudahan teknologi maklumat di
pekan kecil dan di luar bandar;
 Mewajibkan perancangan infrastruktur teknologi maklumat di semua skim
perumahan yang baru, termasuk rumah kos murah dan sederhana, dan
memodenkan infrastruktur ini di kawasan perumahan sedia ada dengan cara yang
paling cekap;
 Berunding dengan pengeluar perisian untuk mendapat perisian yang murah untuk
pasaran tempatan.
9.Utamakan perusahaan kecil dan sederhana
Perusahaan kecil dan sederhana boleh memainkan peranan yang penting, bukan hanya
untuk pemulihan ekonomi, malah dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa. Akanഊ10
tetapi, amatlah ketara rangka institusi kini perlu dirombak semula supaya benar-benar
menyokong pembangunan dan perkembangan perusahaan ini. Banyak insentif perlu
diberi untuk menggalakkan peningkatan secara berterusan teknologi pengeluaran dan
perkhidmatan perusahaan kecil dan sederhana serta daya pengeluaran mereka.
Sehubungan ini, kita perlu:
 Menubuhkan dana pelaburan yang dijamin oleh kerajaan untuk pembangunan
perusahaan kecil dan sederhana yang diperuntukkan mengikut prestasi, bukan
pilih kasih politik.
10.Merombak rangka dasar penswastaan
Kini begitu ketara sekali dasar penswastaan kerajaan hari ini dan pelaksanaannya telah
kerapkali diselewengkan demi menguntungkan segelintir orang dengan pendekatan pilih
kawan (kronisme) dan pilih keluarga (nepotisme). Melalui penyelewengan demikian,
monopoli swasta telah menggantikan monopoli awam sehingga rakyat dibebankan
dengan harga yang terus meningkat. Rangka pengawasan yang sepatutnya melindungi
kepentingan awam hampir tiada atau pun tidak berkesan.
Penswastaan boleh digunakan secara berhati-hati demi pembangunan negara, tetapi dasar
penswastaan serta pelaksanaannya perlu dirombak. Kalaulah sektor swasta boleh
mengurus perkhidmatan dan memajukan projek dengan lebih cekap dan menarik modal
yang kekurangan, sektor swasta boleh dijemput mengambilalihnya daripada sektor awam
asalkan kepentingan awam tidak dikorbankan. Kemudahan awam yang bersifat monopoli
tidak patut dibenarkan menjadi monopoli swasta. Dalam kaadaan sekarang, faedah
daripada penswastaan dibolot oleh kroni pemimpin-pemimpin parti pemerintah tertentu,
sedangkan hanya sedikit faedah yang tumpah kepada rakyat atau pun sektor awam. Oleh
itu langkah-langkah seperti berikut perlu diambil:
 Menggantikan dasar penswastaan kini, yang mengandungi unsur udang di sebalik
batu, dengan dasar penswastaan telus yang dapat memelihara kepentingan
pengguna serta pekerja, dan menjamin hak rakyat. Oleh yang demikian, usaha
perlu dibuat untuk memastikan bahawa butir-butir semua kontrak penswastaan
diumumkan kepada orang ramai;
 Memastikan bahawa dasar penswastaan memanfaatkan masyarakat, dan bukan
lagi sekadar menggantikan monopoli awam dengan monopoli swasta;
 Memastikan bahawa segala kemudahan dan perkhidmatan awam yang asasi —
seperti air, pendidikan, kesihatan dan perumahan rakyat — hanya diperbadankan
atau dikorporatkan demi membaiki pengurusan, tetapi tidak diswastakan;
 Memastikan bahawa perusahaan awam yang telah pun diswastakan akan diawasi
dengan rapi untuk memelihara kepentingan rakyat (perusahaan yang telah pun
diswastakan tidak akan dihakmiliknegarakan kerana kerajaan sayugianya akan
patuh kepada undang-undang negara; namun, kontrak yang tidak sah boleh
dimansuhkan demi kepentingan rakyat dan negara);
 Membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk mengkaji dan mengaudit semua
projek besar yang telah diswastakan untuk memastikan manfaatnya kepada rakyat.
11.Memantapkan Sistem Kewanganഊ11
Malaysia mesti menyediakan rangka yang perlu untuk mengurus sistem kewangannya
dengan lebih baik supaya dapat mengambil tempatnya bersama negara-negara lain dalam
masyarakat kewangan antarabangsa. Maka oleh itu perlu dibatalkan langkah-langkah
kawalan modal 1 September 1998 dan menggantikannya dengan sistem baru untuk
mengawasi pengaliran kewangan supaya dapat mengelak krisis 1997-8 daripada berulang.
Sistem kewangan dalam negeri perlu ditangani supaya:
 bersifat adil, telus, bertanggungjawab serta tidak bercanggah dengan nilai-nilai
Islam;

menyalurkan pelaburan dan kemudahan kredit ke bidang yang produktif, bukan
ke bidang spekulatif;
 memulihkan imej, prestij dan kewibawaan Bank Negara;
 memastikan perbelanjaan persekutuan disalurkan terutamanya untuk
mempertingkatkan taraf hidup golongan miskin, serta kawasan desa dan
pendalaman yang masih terpinggir.
Sistem percukaian wajar diteliti dengan tujuan menggunakannya untuk menggalakkan
para pengguna dan pengusaha industri supaya lebih peka terhadap pemeliharaan alam
sekitar serta perkara-perkara lain yang diingini dari segi kepentingan negara. Antara
perkara yang perlu diberi perhatian ialah percukaian terhadap untung spekulasi,
pengurangan beban cukai pendapatan upah, gaji dan dividen, dan percukaian terhadap
sumber-sumber alam untuk menggalakkan penggunaannya yang cermat dan lain-lain.vi
Pengaruh Globalisasi Terhadap Pembangunan Ekonomi
Globalisasi mempunyai dampak yang positif dan negative. Perbincangan mengenai hal
ini terus berkecamuk antara golongan yang pro dan kontra atau golongan yang
mengambil jalan tengah. Apa pun jua sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah order
dunia baru kerap diwarnai oleh kepentingan negara besar, kaya, dan kuat ; khasnya yang
mempunyai rekod menjajah dan masuk campor dalam urusan dalam negara mundur dan
negara baru membangun.
Dasar-dasar perdagangan , undang-undang antarabangsa , kekekangan terhadap
penyelidikan dan teknologi pertahanan dan sebagainya banyak melindungi kepentingan
negara-negara super power dan negara kaya. Oleh sebab itu banyak negara-negara dunia
ketiga atau negara yang baru membangun terperusuk dibawah tekanan peruntukan ini dan
tindakan negara kaya untuk memaksakan dasar, sistem dan nilai mereka dalam
pembangunan ekonomi di dalam negara mereka masing-masing. Ada negara yang
semakin bertambah miskin dan bertompok hutang luar negara mereka hasil dari daripada
mengikuti telunjuk dan nasihat pakar Bank Dunia umpamanya.
Ini bermakna negara-negara umat Islam perlu membentuk blok-blok ekonomi sesama
mereka untuk menghadapi gugatan yang bersifat menyeluruh dan global . Mereka wajar
mempunyai mekanisme khusus dalam menangani kesan dan pengaruh negative
globalisasi yang menghakis kebebasan dan kemerdekaan negara dan rakyat.
Penutupഊ12
Masa depan negara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pembangunan
ekonomi yang lebih bersepadu, mempunyai daya saing dan keupayaan menembusi
pasaran global. Ia juga bergantung kepada system pentadbiran dan pengurusan negara
dan syarikat yang telus, tegas dan bebas daripada campurtangan politik yang tidak wajar
dan berkepentingan . Sistem dan budaya yang bebas dari amalan korupsi, kronisme dan
nepotisme di samping penyalahgunaan perbelanjaan kerajaan untuk kepentingan parti
tertentu.
Pembangunan dan pengukuhan ekonomi kita tidak boleh terlepas dari usaha
meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran; mewujudkan kontrak sosial baru;
memupuk perpaduan nasional; membina demokrasi tulen; dan memulihkan imej dan
kedudukan Malaysia di pentas dunia, di samping membangun warga Malaysia yang
memenuhi kualiti insan berbudaya tinggi dari segi jasmani, mental dan rohani. Iaitu
rakyat yang matang dari segi ekonomi dan politik; bersifat penyayang; kreatif;
mempunyai nilai dan orientasi hidup yang seimbang; berupaya menyumbang kepada
kebangkitan semula maruah negara dalam ertikata yang menyeluruh, bukan hanya
ekonomi dan teknologi semata-mata.
Suatu sistem pendidikan ekonomi Islam yang maju perlu dirumus dan dikembangkan
dalam sukatan pelajaran negara demi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap
persepktif pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh dan besepadu untuk mencapat
darjat negara maju yang seimbang dalam aspek duniawi dan ukhwawi, negara yang tidak
menjadi sarang peningkatan amalan maksiat dan jenayah.
Kelang, 10 Februari 2004

Sumber: www.pas.org.my

Bersamaan 20 Zulhijjah 1424

referensi:

i Abdul Ghani ‘Abod, Dr. “al-Tarbiah al Iqtisadiah Fi al Islam” Cet Maktabah al Nahdhah al Misriah ,
Kaherah 1992. Hlm.: 63 ii ibid: 63
iii Habbakkuk, J. 1918.”The Entrepreneur and Economic Development” Dalam Ian
Livingstone.Development Economics and Policy: Reading London:George Allen and
Unwin.Hlm.14-20
iv Surtahman Kastin Hasan “Ekonomi Islam : Dasar dan Amalan” DBP K.Lumpur 1993, Hlm.186
v Nor Aini Hj Idris &Rakan “ Wanita Malaysia Dalam Era Pembangunan Industri” Penerbit
UKM, Bangi 1996,. Hlm 12 vi Dipadankan dengan dokumen “Ke arah Malaysia yang Adil” BA Oktober1999 Hlm. 14

Tidak ada komentar:

Tulisan Popular Wakaf, Ekonomi dan Bisnis

  110 halaman, Kertas Bookpaper, Ukuran 14,8 cm x 21 cm,   ISBN 978-623-6121-22-1.  Penerbit : Pustaka Learning Center, Malang, Februari 202...